1. Syahadah (شَهَادَةٌ) dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui.2. Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keterangan-keterangan dan akuan. Seperti surat pengakuan belajar dari mana-mana institusi pengajian disebut(شَهَادَة قيْد) syahadah qaid atau surat pengesahan pemegang akaun bank disebut (شَهَادَة بنكية) syahadah bankiyyah dan banyak lagi contoh-contoh lain.Akan tetapi makna syahadah merujuk kepada takrif yang pertama di atas bermaksud penyaksian iaitu pengetahuan tentang sesuatu perkara lalu menyampaikan, memberitahu dan menyatakannya. Seseorang yang bersyahadah bermakna dia menyatakan sesuatu yang diketahui...